Erti Kemerdekaan
Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
50 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri
dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?
Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya
yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak
dan menghancurkan
taman kecil permai ini?
Rimba tanpa sempadan
atas nama kebaikan
menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga
terpaku takjub dengan slogan
kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak
lalu beraraklah anak-anak bumi ini
meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi
dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada
di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong
mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang
dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan:
mereka yang tidak belajar dari sejarah
mereka didera dengan mengulangi
kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali
sejarah mengajar kita
betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang
bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan
sejarah hitam berulang?
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri
dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
Di sini kita yakin segalanya boleh
di sini kita yakin segalanya boleh
itulah erti kemerdekaan
Perjuangan ini mesti diteruskan
Tun Dr Mahathir Mohamad
[dipetikdaripada http://penyair.wordpress.com]
Saturday, November 3, 2007
Sunday, October 28, 2007
Gurindam Seorang Orang
aku menyampah
aku meluat
aku benci
aku jelak
aku resah
aku tertekan
akui, aku
mengaku, aku
mengiyakan, aku
semua, adalah semata-mata
segalanya, adalah semata-mata
setiapnya, adalah segala-galanya
biarlah..aku benci, aku tertekan!!
aku meresah..ku nak mencari,aku hairan!!
di mana?? mana? tiada?!!
Hesmel Faznee Faisal
Cyber Music Asia
29 Mei 2006
aku menyampah
aku meluat
aku benci
aku jelak
aku resah
aku tertekan
akui, aku
mengaku, aku
mengiyakan, aku
semua, adalah semata-mata
segalanya, adalah semata-mata
setiapnya, adalah segala-galanya
biarlah..aku benci, aku tertekan!!
aku meresah..ku nak mencari,aku hairan!!
di mana?? mana? tiada?!!
Hesmel Faznee Faisal
Cyber Music Asia
29 Mei 2006
Budak Itu…!!!!!
katanya
budak itu adalah Hang Nadim
perkasa berpencak
sandaran nusa bangsa
menentang ancaman durjana
pembela pertiwi
penegak obor suci
katanya lagi
budak itu amat bistari
bijak pekerti
elok budi bahasa
pandainya teramat
mampu menongkah angin selatan
mengemudi bahtera merdeka
katanya untuk kesekian kali
jagalah dia
budak suci permata hati
usah dicampak ke laut ganas
sisihkan fitnah bendahara raja
hilangnya tidak mungkin
mampu dicari ganti
dan aku pun terpegun
oleh ngomelan nyanyuknya
kerana budak itu
bukan Hang Nadim
jelmaannya adalah
warisan si kitol mamak mandaliar
untuk kembali menggadai maruah bangsa
megah menjilat telapak kaki penjajah
menggamit musuh ke peraduan mimpi
agar perkosaan tidak lagi dilihat jijik
Kamal Amir
Di kaki Menara UMNO
Kuala Lumpur
27 Oktober 2007
katanya
budak itu adalah Hang Nadim
perkasa berpencak
sandaran nusa bangsa
menentang ancaman durjana
pembela pertiwi
penegak obor suci
katanya lagi
budak itu amat bistari
bijak pekerti
elok budi bahasa
pandainya teramat
mampu menongkah angin selatan
mengemudi bahtera merdeka
katanya untuk kesekian kali
jagalah dia
budak suci permata hati
usah dicampak ke laut ganas
sisihkan fitnah bendahara raja
hilangnya tidak mungkin
mampu dicari ganti
dan aku pun terpegun
oleh ngomelan nyanyuknya
kerana budak itu
bukan Hang Nadim
jelmaannya adalah
warisan si kitol mamak mandaliar
untuk kembali menggadai maruah bangsa
megah menjilat telapak kaki penjajah
menggamit musuh ke peraduan mimpi
agar perkosaan tidak lagi dilihat jijik
Kamal Amir
Di kaki Menara UMNO
Kuala Lumpur
27 Oktober 2007
Friday, October 26, 2007
Wednesday, October 10, 2007
Citera Hayat Seorang Hamba
kemarau makin panjang
dahaga tanpa penawar
layu tiada penyegar
pilu sentiasa melakar duka
dikala senja merangkul bintang
citeranya cukup syahadu
umpama ikrar Solat Tasbih
yang mendayu-dayu dalam kerinduan
mensucikan Illahi dengan keagungan
dan kemahakuasaanNya
dalam perjalanan ini
siapalah aku
kalau bukan seorang insan kerdil
yang hanya bisa mengabdi total
dengan kelemahan dan kekurangan
kepada yang Maha Asa
sepanjang masa
setiap ketika
selagi hayat diizin bicara
tentang suka dan duka
dosa dan pahala
bangsa dan perjuangan
para manusia
dan kemungkarannya
kemarau makin panjang
dahaga tiada penawar
layu tanpa penyegar
pilu terus melakar duka
namun perjalanan ini
pasti akan berakhir
dengan suatu bisikan syukur
diatas rahmat dan nikmat
restu dan hidayat
yang akan terukir
di dasar jiwa seorang hamba
yang setia dan sentiasa setia
kepada suratan takdir
serta qada’ dan qadarNya
Ruhanie Ahmad
Kajang
10 Oktober 2007
kemarau makin panjang
dahaga tanpa penawar
layu tiada penyegar
pilu sentiasa melakar duka
dikala senja merangkul bintang
citeranya cukup syahadu
umpama ikrar Solat Tasbih
yang mendayu-dayu dalam kerinduan
mensucikan Illahi dengan keagungan
dan kemahakuasaanNya
dalam perjalanan ini
siapalah aku
kalau bukan seorang insan kerdil
yang hanya bisa mengabdi total
dengan kelemahan dan kekurangan
kepada yang Maha Asa
sepanjang masa
setiap ketika
selagi hayat diizin bicara
tentang suka dan duka
dosa dan pahala
bangsa dan perjuangan
para manusia
dan kemungkarannya
kemarau makin panjang
dahaga tiada penawar
layu tanpa penyegar
pilu terus melakar duka
namun perjalanan ini
pasti akan berakhir
dengan suatu bisikan syukur
diatas rahmat dan nikmat
restu dan hidayat
yang akan terukir
di dasar jiwa seorang hamba
yang setia dan sentiasa setia
kepada suratan takdir
serta qada’ dan qadarNya
Ruhanie Ahmad
Kajang
10 Oktober 2007
Lambang Erotika Bangsa
apa lagilah yang tinggal
bagi hulubalang
yang kehilangan semalamnya?
sekian lama sudah keris di pinggang
tak diusap limau langiran
tak diasap harum kemeyan
dan setiap kali ia terhunus
setiap itu pula ia kembali tersarung
tanpa menikam apa-apa
maka di manakah lagilah
akan tercari erti
apa lagilah yang tinggal
bagi hulubalang
yang kehilangan semalamnya?
sekian lama sudah keris di pinggang
tak diusap limau langiran
tak diasap harum kemeyan
dan setiap kali ia terhunus
setiap itu pula ia kembali tersarung
tanpa menikam apa-apa
maka di manakah lagilah
akan tercari erti
semangat besi kursani
erti keramat daulat pertiwi
erti keperwiraan gagah berani
suatu bangsa benama Melayu
yang kian bacul
dalam kedayusannya maha abadi
duhai Melayu
apakah keris lambang kepahlawanan
warisan nenek moyangmu zaman berzaman
atau kini cuma sekadar hiasan
pinggang pengantin bersanding
dan pameran kebaculan
para pengucupnya
di atas pentas erotika bangsa?
duhai Melayu!
“Biarkanlah!” kah?
yassinsalleh
9 oktober 2007
taman saujana impian
kajang
erti keramat daulat pertiwi
erti keperwiraan gagah berani
suatu bangsa benama Melayu
yang kian bacul
dalam kedayusannya maha abadi
duhai Melayu
apakah keris lambang kepahlawanan
warisan nenek moyangmu zaman berzaman
atau kini cuma sekadar hiasan
pinggang pengantin bersanding
dan pameran kebaculan
para pengucupnya
di atas pentas erotika bangsa?
duhai Melayu!
“Biarkanlah!” kah?
yassinsalleh
9 oktober 2007
taman saujana impian
kajang
Wednesday, October 3, 2007
Menara Kasih
dengan ikrar sumpah setia
ku riasi menara nusa
dengan sehelai bendera sutera
ronanya keemasan panji pusaka
indah dan megah
syahdu dan gagah
meyegar rindu
pada bangsa dan keunggulannya
mengabdi cinta
pada perjuangan dan kejayaannya
menitip kasih
pada Ilahi dan keagungannua
dan malam pun berlabuh
dalam dakapan pertiwi tercinta
dengan iringan simfoni merdu
lunak dan mesra sepanjang usia
Ruhanie Ahmad
Kajang
1 Oktober 2007
dengan ikrar sumpah setia
ku riasi menara nusa
dengan sehelai bendera sutera
ronanya keemasan panji pusaka
indah dan megah
syahdu dan gagah
meyegar rindu
pada bangsa dan keunggulannya
mengabdi cinta
pada perjuangan dan kejayaannya
menitip kasih
pada Ilahi dan keagungannua
dan malam pun berlabuh
dalam dakapan pertiwi tercinta
dengan iringan simfoni merdu
lunak dan mesra sepanjang usia
Ruhanie Ahmad
Kajang
1 Oktober 2007
Monday, October 1, 2007
Airmata Duka
airmata duka
titis demi titis
menghurai rahsia
masa demi masa
menghimpun tenaga
hari demi hari
ngalir ke hilir penuh perkasa
airmata duka
dari gunung ngalir ke bukit
dari bukit ngalir ke lurah
dari lurah turun ke lembah
dari lembah turun ke sungai
dari sungai memburu muara
dari muara menerjah segara
meledak kebangkitan gelora jiwa
airmata duka adalah senjata
airmata duka adalah kuasa
membelah angkasa
menggoncang menara
sampai rontok mega-mega hitam
sampai lulur pedu-pedu kejam
musnah binasa di tugu sejarah
Ruhanie Ahmad
Kajang
30 September 2007
airmata duka
titis demi titis
menghurai rahsia
masa demi masa
menghimpun tenaga
hari demi hari
ngalir ke hilir penuh perkasa
airmata duka
dari gunung ngalir ke bukit
dari bukit ngalir ke lurah
dari lurah turun ke lembah
dari lembah turun ke sungai
dari sungai memburu muara
dari muara menerjah segara
meledak kebangkitan gelora jiwa
airmata duka adalah senjata
airmata duka adalah kuasa
membelah angkasa
menggoncang menara
sampai rontok mega-mega hitam
sampai lulur pedu-pedu kejam
musnah binasa di tugu sejarah
Ruhanie Ahmad
Kajang
30 September 2007
Sunday, September 30, 2007
Tangisan Pertiwi
mentari semakin suram
gerhana terus mengancam
mega-mega lembayung senja
menghantui desa dan kota
dengan fatamorgana
dan kesementaraan yang gila
hari bertukar musim
musim menjangkau purnama
pertiwi semakin gundah
mimpi bertambah parah
anak-anak terus berbalah
airmata darah banjiri lurah
barah dan nanah melimpah ruah
meracun dada segenap jiwa
tangisan bunda merungkai sendu
simfoni kasih membelai rindu
para pejuang berselendang bara
mengibar panji kuning dan jingga
meniti gelombang meredah segara
bahtera pusaka digiring pulang
ke pangkalan purba warisan nusa
dengan kemuliaan dan kedaulatannya
Daulat Tuanku
tangisan pertiwi rungkaikanlah sendunya
simfoni kasih kekalkanlah syahadunya
pastikanlah esok ada mentari
bulan dan bintang terang benderang
memayungi takhta Tanah Melayu
dengan keadilan
dan kesaksamaannya
Ruhanie Ahmad
Kajang
29 September 2007
mentari semakin suram
gerhana terus mengancam
mega-mega lembayung senja
menghantui desa dan kota
dengan fatamorgana
dan kesementaraan yang gila
hari bertukar musim
musim menjangkau purnama
pertiwi semakin gundah
mimpi bertambah parah
anak-anak terus berbalah
airmata darah banjiri lurah
barah dan nanah melimpah ruah
meracun dada segenap jiwa
tangisan bunda merungkai sendu
simfoni kasih membelai rindu
para pejuang berselendang bara
mengibar panji kuning dan jingga
meniti gelombang meredah segara
bahtera pusaka digiring pulang
ke pangkalan purba warisan nusa
dengan kemuliaan dan kedaulatannya
Daulat Tuanku
tangisan pertiwi rungkaikanlah sendunya
simfoni kasih kekalkanlah syahadunya
pastikanlah esok ada mentari
bulan dan bintang terang benderang
memayungi takhta Tanah Melayu
dengan keadilan
dan kesaksamaannya
Ruhanie Ahmad
Kajang
29 September 2007
Saturday, September 29, 2007
Hai Wan!
Hai Wan
jauh kau berjalan
di seluruh pelusuk
kau ada Wan
yang hitam
yang putih
yang legam
yang kelam,
Di situ kau ada
ranap
punah
di situ kau berdiri
hancur
lebur
Tengku
Sultan
Putra
Wan
manusia tak ditetapkan pada apa gelarnya
ditetapkan manusia pada sifat kemanusiannya
Dari air
menjadi tanah
dari tanah menjadi sifat
dari sifat menjadi khalifah
Hai Wan
lupakah kau
Tuhan melantikmu menjadi khalifah,
sekarang alam menjadi khalifahmu
Hai Wan
kau terlupa
barangkali kau terkhilaf
andainya nafsu menjadi Tuhanmu
kau kan menjadi haiwan....
Hesmel Faznee Faisal
25 September 2007
Ibupejabat KTM Berhad
[puisi di atas saya tulis mengenangkan seekor manusia yang melenyapkan Nurin]
Hai Wan
jauh kau berjalan
di seluruh pelusuk
kau ada Wan
yang hitam
yang putih
yang legam
yang kelam,
Di situ kau ada
ranap
punah
di situ kau berdiri
hancur
lebur
Tengku
Sultan
Putra
Wan
manusia tak ditetapkan pada apa gelarnya
ditetapkan manusia pada sifat kemanusiannya
Dari air
menjadi tanah
dari tanah menjadi sifat
dari sifat menjadi khalifah
Hai Wan
lupakah kau
Tuhan melantikmu menjadi khalifah,
sekarang alam menjadi khalifahmu
Hai Wan
kau terlupa
barangkali kau terkhilaf
andainya nafsu menjadi Tuhanmu
kau kan menjadi haiwan....
Hesmel Faznee Faisal
25 September 2007
Ibupejabat KTM Berhad
[puisi di atas saya tulis mengenangkan seekor manusia yang melenyapkan Nurin]
Monday, September 17, 2007
Kita Orang Melayu
Kita orang Melayu
Melayu itu namanya bangsa
Melayu itu budi bahasa
Melayu itu adat budaya
Kita orang Melayu
keturunan mulia di Nusantara
Islam agama anutan jiwa
terus berbakti tak kira masa
Kita orang Melayu
harus mengenal sejarah bangsa
bersopan santun cerminan raga
lembut bahasa bila bicara
Kita orang Melayu
usah terhakis maruah bangsa
atas nama kemajuan dunia
jatikan dirimu tingkatkan usaha
Kita orang Melayu
Melayu bukan runtuhnya bangsa
Melayu bukan lemahnya raga
Melayu bukan kelas ketiga!
Khairun Nisak Hashim
SK Seksyen 7
Kota Damansara, Selangor
14 September 2007
Kita orang Melayu
Melayu itu namanya bangsa
Melayu itu budi bahasa
Melayu itu adat budaya
Kita orang Melayu
keturunan mulia di Nusantara
Islam agama anutan jiwa
terus berbakti tak kira masa
Kita orang Melayu
harus mengenal sejarah bangsa
bersopan santun cerminan raga
lembut bahasa bila bicara
Kita orang Melayu
usah terhakis maruah bangsa
atas nama kemajuan dunia
jatikan dirimu tingkatkan usaha
Kita orang Melayu
Melayu bukan runtuhnya bangsa
Melayu bukan lemahnya raga
Melayu bukan kelas ketiga!
Khairun Nisak Hashim
SK Seksyen 7
Kota Damansara, Selangor
14 September 2007
Thursday, September 13, 2007
Malam Kemerdekaan
Semilir angin dingin ini
bagaikan berbisik
di sinilah berakhirnya
satu perjalanan anak watan
mencanai harga diri bangsanya
Semilir angin dingin ini turut berbicara
tentang kepedihan jiwa
lara seorang pemimpin
melihat legasinya kian tercarik
luntur dan kehilangan seri
Semilir angin dingin ini
terus bercanda
tentang cerita luka
sambil membisikkan
resah jiwa seorang bapa
melihat warisannya kecanduan berahi
menggadai seluruh maruah bangsa
untuk kembali tidak merdeka lagi
Semilir angin dingin ini
tidak henti mengungkapkan
di sinilah bangsa ku meraih gemilangnya
untuk menjadi pribumi merdeka
Tapi akhirnya
semilir angin dingin ini
menampar ku dengan terjahan kata-kata
di mana kemerdekaan bangsa mu
bila pribumi masih merintih duka
ayam di kepuk terus kelaparan
itik di kolam semakin kehausan
dagang lalu nasi ditanakkan
kera di hutan terus disusukan
anak di rumah mati kelaparan.....
Apa ertinya kemerdekaan yang kau warisi
sedang bangsa mu masih begitu
terbelengu dalam kedaifan hakiki
terkadang lebih hina dari anjing liar
yang bergelandangan
dan aku
tidak mampu menangkisnya
Kamal Amir
Pinggiran Westminster
London
11 September 2007
Semilir angin dingin ini
bagaikan berbisik
di sinilah berakhirnya
satu perjalanan anak watan
mencanai harga diri bangsanya
Semilir angin dingin ini turut berbicara
tentang kepedihan jiwa
lara seorang pemimpin
melihat legasinya kian tercarik
luntur dan kehilangan seri
Semilir angin dingin ini
terus bercanda
tentang cerita luka
sambil membisikkan
resah jiwa seorang bapa
melihat warisannya kecanduan berahi
menggadai seluruh maruah bangsa
untuk kembali tidak merdeka lagi
Semilir angin dingin ini
tidak henti mengungkapkan
di sinilah bangsa ku meraih gemilangnya
untuk menjadi pribumi merdeka
Tapi akhirnya
semilir angin dingin ini
menampar ku dengan terjahan kata-kata
di mana kemerdekaan bangsa mu
bila pribumi masih merintih duka
ayam di kepuk terus kelaparan
itik di kolam semakin kehausan
dagang lalu nasi ditanakkan
kera di hutan terus disusukan
anak di rumah mati kelaparan.....
Apa ertinya kemerdekaan yang kau warisi
sedang bangsa mu masih begitu
terbelengu dalam kedaifan hakiki
terkadang lebih hina dari anjing liar
yang bergelandangan
dan aku
tidak mampu menangkisnya
Kamal Amir
Pinggiran Westminster
London
11 September 2007
Kalau Ku Temui Maria
Di Gelanggang Matador
Lima puluh tahun lalu
kota ini tetap sebegitu
bersama tamadun berkurun warisannya
gagah menghirup darah dan air mata pribumiku
lima ratus tahun lalu kita punya si kitol
teman karib Alfonso Alburqaqe
sekadar meratah dan memanggang maruah bangsa kita
bukan satu jenayah
ia hanya legasi baginda queen!!!
Hari inipun masih tiada bezanya
kita punya Hang Nadim berkubukan betis
bukan untuk ditusuk todak dari Temasek
kerana akal fikirnya pintar
pencak silatnya tak pernah sumbang
dan terus berpencaklah dikau Hang Nadim
Di kota ini
aku sekadar mencari jejak
Panglima Hitam yang ditawan Peringi
mungkin di situ ku temui Maria
yang bakal mengajar ku ilmu matador
untuk segera menusukkan lembing jantanku
di pesta Esponia bersama lembu-lembu jantan
terhimpun dalam sorak sorai stadium
agar aku dapat segera menjeritkan
ungkapan seorang anak jantan
dalam teriakan merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!!!!!
Kamal Amir
Kotaraya Madrid
30 Ogos 2007
Di Gelanggang Matador
Lima puluh tahun lalu
kota ini tetap sebegitu
bersama tamadun berkurun warisannya
gagah menghirup darah dan air mata pribumiku
lima ratus tahun lalu kita punya si kitol
teman karib Alfonso Alburqaqe
sekadar meratah dan memanggang maruah bangsa kita
bukan satu jenayah
ia hanya legasi baginda queen!!!
Hari inipun masih tiada bezanya
kita punya Hang Nadim berkubukan betis
bukan untuk ditusuk todak dari Temasek
kerana akal fikirnya pintar
pencak silatnya tak pernah sumbang
dan terus berpencaklah dikau Hang Nadim
Di kota ini
aku sekadar mencari jejak
Panglima Hitam yang ditawan Peringi
mungkin di situ ku temui Maria
yang bakal mengajar ku ilmu matador
untuk segera menusukkan lembing jantanku
di pesta Esponia bersama lembu-lembu jantan
terhimpun dalam sorak sorai stadium
agar aku dapat segera menjeritkan
ungkapan seorang anak jantan
dalam teriakan merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!!!!!
Kamal Amir
Kotaraya Madrid
30 Ogos 2007
Teruskanlah Pesta Kecapi Itu
Dan kecapi itu berbunyi lagi
agar penari segera mengatur langkah
bukan berpencak di gelanggang
sekadar menghibur si maharaja
untuk segera lena
dan lena dan lena........!
Gemersik seruling anak desa
pinggiran kali semakin kering airnya
kontang.....!!!
bukan lagi resah pesawah
gundah itik kehausan di kolam
ayam di kepuk terus mencakar
mungkin ada sisa raja di sebalik antah
Usah mengamit resah
rebab itu mesti dipalukan
biar seluruh alam tahu
canang itu juga seharusnya dipukul
agar rakyat faham sefaham-fahamnya
kita masih mampu untuk tidur lena....
dan lena
lena!!!!!
Kantung pusaka masih berbaki
pamah sawah tetap subur
pelabuhan dagang semakin sibuk
suram kehidupan sekadar fatamorgana penyair
yang ketandusan akal budi
usah dihiraukan...
Kibarkan panji negara
tiup nafiri kebesaran
ada utusan membawa ufti
mari sama-sama kita jamah
bukankah hati gajah seiring dilapah
teruskan pesta kecapi ini
bukankah esok masih ada
mentari pasti muncul dan kita seharus begini
untuk dilihat sebagai satu bangsa timur
yang tahu dan bijak mengadun mimpi.
Kamal Amir
Pinggiran Sungai Thames
London
10 September 2007
Dan kecapi itu berbunyi lagi
agar penari segera mengatur langkah
bukan berpencak di gelanggang
sekadar menghibur si maharaja
untuk segera lena
dan lena dan lena........!
Gemersik seruling anak desa
pinggiran kali semakin kering airnya
kontang.....!!!
bukan lagi resah pesawah
gundah itik kehausan di kolam
ayam di kepuk terus mencakar
mungkin ada sisa raja di sebalik antah
Usah mengamit resah
rebab itu mesti dipalukan
biar seluruh alam tahu
canang itu juga seharusnya dipukul
agar rakyat faham sefaham-fahamnya
kita masih mampu untuk tidur lena....
dan lena
lena!!!!!
Kantung pusaka masih berbaki
pamah sawah tetap subur
pelabuhan dagang semakin sibuk
suram kehidupan sekadar fatamorgana penyair
yang ketandusan akal budi
usah dihiraukan...
Kibarkan panji negara
tiup nafiri kebesaran
ada utusan membawa ufti
mari sama-sama kita jamah
bukankah hati gajah seiring dilapah
teruskan pesta kecapi ini
bukankah esok masih ada
mentari pasti muncul dan kita seharus begini
untuk dilihat sebagai satu bangsa timur
yang tahu dan bijak mengadun mimpi.
Kamal Amir
Pinggiran Sungai Thames
London
10 September 2007
Wednesday, September 12, 2007
Sehelai Tikar Pusaka
Sehelai tikar pusaka
dianyam penuh syahdu
dari mengkuang rimba raya
dengan jari jemari
nenek moyang warisan
untuk anak cucu bersila di atasnya
Damailah engkau anak cucuku
demikian doa nenek moyang
kasih pada sumpah marga
dan jangan kau biarkan
bukan marga
bersimpuh di atasnya
Kini…tikar pusaka
bukan hanya ditumpangi
tapi dikongsi bersama
diracik dan diagih
tikar semakin lusuh
reput dan robek
dirampas wira jelata
yang tak menganyamnya
Sehelai tikar pusaka
abstrak sebuah retorik bangsa
yang alpa, dayus dan derhaka!
Ismas Saring
Tanah Lot, Bali
Indonesia
Sehelai tikar pusaka
dianyam penuh syahdu
dari mengkuang rimba raya
dengan jari jemari
nenek moyang warisan
untuk anak cucu bersila di atasnya
Damailah engkau anak cucuku
demikian doa nenek moyang
kasih pada sumpah marga
dan jangan kau biarkan
bukan marga
bersimpuh di atasnya
Kini…tikar pusaka
bukan hanya ditumpangi
tapi dikongsi bersama
diracik dan diagih
tikar semakin lusuh
reput dan robek
dirampas wira jelata
yang tak menganyamnya
Sehelai tikar pusaka
abstrak sebuah retorik bangsa
yang alpa, dayus dan derhaka!
Ismas Saring
Tanah Lot, Bali
Indonesia
Seekor Ah Lee
Dan Seorang Bah Bee
Di Bandar Hilir Melaka
kembali sejarah dalam nostalgia
sebuah pentomen bangsa
50 tahun dulu…berulang
penuh semangat…penuh kejayaan
cemerlang gemilang dan terbilang
Di Kampung Paya Mengkuang
sejak 50 tahun lalu
aroma najis jadi hidangan
sarapan pagi dan makan malam
anak-anak warisan Hang Tuah
di sogok Tee Poo Lang
lupa diri didodoi irama
‘Malaysiaku Gemilang’
Bah Bee menambah kandang
Ah Lee mengira laba
hasil kompromi dan toleransi
celeng imam di masjid
dan cindil makmumnya
itulah kemegahan bangsa
Melayuku yang dayus
mengira bahagian 10 peratus
Khin Zir bukan Bah Bee
boleh diternak
bayar cukai (zakat) halal jadinya
fatwa ulama jin hadarah
Daulat Tuanku!
Ismas Saring
dalam perjalanan
Johor Bahru-Kuala Lumpur
September 2007
Dan Seorang Bah Bee
Di Bandar Hilir Melaka
kembali sejarah dalam nostalgia
sebuah pentomen bangsa
50 tahun dulu…berulang
penuh semangat…penuh kejayaan
cemerlang gemilang dan terbilang
Di Kampung Paya Mengkuang
sejak 50 tahun lalu
aroma najis jadi hidangan
sarapan pagi dan makan malam
anak-anak warisan Hang Tuah
di sogok Tee Poo Lang
lupa diri didodoi irama
‘Malaysiaku Gemilang’
Bah Bee menambah kandang
Ah Lee mengira laba
hasil kompromi dan toleransi
celeng imam di masjid
dan cindil makmumnya
itulah kemegahan bangsa
Melayuku yang dayus
mengira bahagian 10 peratus
Khin Zir bukan Bah Bee
boleh diternak
bayar cukai (zakat) halal jadinya
fatwa ulama jin hadarah
Daulat Tuanku!
Ismas Saring
dalam perjalanan
Johor Bahru-Kuala Lumpur
September 2007
Monday, September 10, 2007
Gagasan Satria
nusa bangsa dilanda bencana
diterjah angkara insan durjana
anai-anai merayap-merayap
dalam senyap menggerak sayap
nakhoda sasau dipukau silau
pancaran kilau fatamorgana
pertiwi sedih gundah gulana
meratapi nasib bumi merdeka
yang digolok-gadai jiwa raganya
dan diinjak-injak darjat daulatnya
di satu belantara rimba rahsia
satria merangka gagasan massa
mentakrif mimpi di kaki senja
mentafsir wasiat pejuang purba
serapah mentera wira perkasa
jadi lalintar penyula angkasa
pencak silat Laksamana Tuah
jadi azimat semangat gagah
menderap tapak dengan Bismillah
satria meredah gunung dan lurah
pantang undur menyerah kalah
titah disanjung kalimah dijunjung
badan dan nyawa galang gantinya
jiwa dan raga mahar sumpahnya
bertongkat paruh mendaki bukit
menongkah arus berakit-rakit
umat durjana ditumpas ganasnya
rayap-rayap dicabut sayapnya
bulan gerhana dirobek suramnya
kesucian agama dipulih syiarnya
makhota bangsa digilap auranya
maruah bangsa ditebus daulatnya
sesudah azan meratib detik
fajar terbit gilang gemilang
embun syahdu menyegar rindu
para satria mengibar panji
membenteng kota memagar desa
kalimah jaya mewarna suasana
para satria melaksana dasar
berpaksi sejarah ketuanan bangsa
yang suci abadi hemah budinya
para pujangga melarik madah
wawasan musalman bersendi Quran
memansuh kilauan fatamorgana
meruntuh luruh citra kayangan
dengan ikatan sumpah pertiwi
dengan tekad semangat jati
kalimah disanjung tanpa derhaka
titah dijunjung penuh setia
satria mengabdi raga dan nyawa
mengikis sikap dan jiwa hamba
memperkasa daya citra merdeka
di setiap dada tua dan muda
warga massa bersimfoni riang
anak-anak berdendang sayang
muda remaja menggapai bintang
petani girang tandang ke bendang
nelayan gembira dialun gelombang
menjulang gagasan nusa merdeka
karya satria belentara rahsia
barisan panglima tidak bernama
Ruhanie Ahmad
Country Heights, Kajang
31 Ogos 2007
nusa bangsa dilanda bencana
diterjah angkara insan durjana
anai-anai merayap-merayap
dalam senyap menggerak sayap
nakhoda sasau dipukau silau
pancaran kilau fatamorgana
pertiwi sedih gundah gulana
meratapi nasib bumi merdeka
yang digolok-gadai jiwa raganya
dan diinjak-injak darjat daulatnya
di satu belantara rimba rahsia
satria merangka gagasan massa
mentakrif mimpi di kaki senja
mentafsir wasiat pejuang purba
serapah mentera wira perkasa
jadi lalintar penyula angkasa
pencak silat Laksamana Tuah
jadi azimat semangat gagah
menderap tapak dengan Bismillah
satria meredah gunung dan lurah
pantang undur menyerah kalah
titah disanjung kalimah dijunjung
badan dan nyawa galang gantinya
jiwa dan raga mahar sumpahnya
bertongkat paruh mendaki bukit
menongkah arus berakit-rakit
umat durjana ditumpas ganasnya
rayap-rayap dicabut sayapnya
bulan gerhana dirobek suramnya
kesucian agama dipulih syiarnya
makhota bangsa digilap auranya
maruah bangsa ditebus daulatnya
sesudah azan meratib detik
fajar terbit gilang gemilang
embun syahdu menyegar rindu
para satria mengibar panji
membenteng kota memagar desa
kalimah jaya mewarna suasana
para satria melaksana dasar
berpaksi sejarah ketuanan bangsa
yang suci abadi hemah budinya
para pujangga melarik madah
wawasan musalman bersendi Quran
memansuh kilauan fatamorgana
meruntuh luruh citra kayangan
dengan ikatan sumpah pertiwi
dengan tekad semangat jati
kalimah disanjung tanpa derhaka
titah dijunjung penuh setia
satria mengabdi raga dan nyawa
mengikis sikap dan jiwa hamba
memperkasa daya citra merdeka
di setiap dada tua dan muda
warga massa bersimfoni riang
anak-anak berdendang sayang
muda remaja menggapai bintang
petani girang tandang ke bendang
nelayan gembira dialun gelombang
menjulang gagasan nusa merdeka
karya satria belentara rahsia
barisan panglima tidak bernama
Ruhanie Ahmad
Country Heights, Kajang
31 Ogos 2007
Sunday, September 9, 2007
Mimpi Yang Tak Pernah Pasti
kabarkan kepada dunia
siapakah yang telah merdeka
dalam kemerdekaan ini?
kita tidak perlu berdalih
tanah ini telah mendewasakan
kebanggaan kita
dengan api dan darah
pantang menyerah!
mari kita bajukan
ketelanjangan diri
dari taburan mimpi
yang tidak pernah pasti
telah sekian lama kita terjebak
dalam nyanyian nina-bobo
tiduran kita ditaburi bunga-bunga
sejak hari pertama
datangilah kuburan
orang yang telah melahirkan kita
tetapi jangan sampai mereka terjaga
apakah kita mengenali mereka?
kita telah hilang kekitaan kita
sejarah telah berkubur di gua sepi
di luar masih terdengar
seribu jeritan luka
akan berdosa kiranya kita
tidak dapat memerdekakan
kemerdekaan dalam kemerdekaan ini?
kemerdekaan menjadi laut
menghimpun badai
yang tak pernah berhenti
mulailah menyoal
siapakah yang telah merdeka
dalam kemerdekaan ini?
kita menjadi belantara
di tengah kota
desa menjadi lautan debu
yang menikam mata
kita sudah tidak ada apa-apa
kecuali kata
kabarkan kepada dunia
kemerdekaan hanya sebuah kata
yang terpenjara di rongga
kebangkitan
membebaskan kemerdekaan
membangun hari depan
yang telah tiba hari ini
M Hanafiah Samad
Petaling Jaya
1984
kabarkan kepada dunia
siapakah yang telah merdeka
dalam kemerdekaan ini?
kita tidak perlu berdalih
tanah ini telah mendewasakan
kebanggaan kita
dengan api dan darah
pantang menyerah!
mari kita bajukan
ketelanjangan diri
dari taburan mimpi
yang tidak pernah pasti
telah sekian lama kita terjebak
dalam nyanyian nina-bobo
tiduran kita ditaburi bunga-bunga
sejak hari pertama
datangilah kuburan
orang yang telah melahirkan kita
tetapi jangan sampai mereka terjaga
apakah kita mengenali mereka?
kita telah hilang kekitaan kita
sejarah telah berkubur di gua sepi
di luar masih terdengar
seribu jeritan luka
akan berdosa kiranya kita
tidak dapat memerdekakan
kemerdekaan dalam kemerdekaan ini?
kemerdekaan menjadi laut
menghimpun badai
yang tak pernah berhenti
mulailah menyoal
siapakah yang telah merdeka
dalam kemerdekaan ini?
kita menjadi belantara
di tengah kota
desa menjadi lautan debu
yang menikam mata
kita sudah tidak ada apa-apa
kecuali kata
kabarkan kepada dunia
kemerdekaan hanya sebuah kata
yang terpenjara di rongga
kebangkitan
membebaskan kemerdekaan
membangun hari depan
yang telah tiba hari ini
M Hanafiah Samad
Petaling Jaya
1984
Daulat Tuanku
[buat putraku Yasleh Khaliff Amri]
sekian ini lamanya engkau Melayu
menjadi kelasi armada yang kian karam
kerana seekor demi seekor nakhodamu
masih jua tetap menganyam pelangi
memintal mimpi lautan ilusi
menjelmakan fatamorgana
sebagai realiti harapan
di mana engkau terpesona mengakui
bahawa engkau bukannya hanya sekadar berseloka
dalam simfoni pelangi mimpi nyanyian ilusi
senandung kalbu melarik duka meraut malang
menguliti mega nestapa angan-anganmu
merentasi segara syahdu kealpaanmu
mana mungkin bersatu
nestapamu dan sayahduku
ya Melayu,
kerana engkau masih jua percaya
bahawa menara ketuananmu yang abadi perkasa
masih jua mungkin terbina di atas tapak anyaman mimpi
kerana demikianlah yang kau mahu
maka akan demikianlah seterusnya engkau Melayu
makanya
pun aku terpaksa sendirian
menimba bara meniti duri
demi PanggilanPERTIWI
akan ku tiupkan nafiri
yang bergema dari benua ke benua
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
yassinsalleh
31 Ogos 2007
Taman Saujana Impian, Kajang.
[buat putraku Yasleh Khaliff Amri]
sekian ini lamanya engkau Melayu
menjadi kelasi armada yang kian karam
kerana seekor demi seekor nakhodamu
masih jua tetap menganyam pelangi
memintal mimpi lautan ilusi
menjelmakan fatamorgana
sebagai realiti harapan
di mana engkau terpesona mengakui
bahawa engkau bukannya hanya sekadar berseloka
dalam simfoni pelangi mimpi nyanyian ilusi
senandung kalbu melarik duka meraut malang
menguliti mega nestapa angan-anganmu
merentasi segara syahdu kealpaanmu
mana mungkin bersatu
nestapamu dan sayahduku
ya Melayu,
kerana engkau masih jua percaya
bahawa menara ketuananmu yang abadi perkasa
masih jua mungkin terbina di atas tapak anyaman mimpi
kerana demikianlah yang kau mahu
maka akan demikianlah seterusnya engkau Melayu
makanya
pun aku terpaksa sendirian
menimba bara meniti duri
demi PanggilanPERTIWI
akan ku tiupkan nafiri
yang bergema dari benua ke benua
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
yassinsalleh
31 Ogos 2007
Taman Saujana Impian, Kajang.
Saturday, September 8, 2007
Warkah Derhaka
ku kirimkan warkah ini
penuh kata sembah derhaka
bingkisan hati warga setia
buat wazir di kota perdana
yang asyik lena di persada kuasa
warkah ini sembah derhaka
bingkisan hati warga setia
yang parah jiwa disula duka
angkara durja pendeta dusta
mungkar kata dan perbuatannya
warkah ini warkah terbuka
penuh takzim mencurah rasa
warga setia desa dan kota
lama kecewa berputih mata
tidak sabar menunggu masa
menanti bangkitnya gema suara
wazir saksama wazir dibangga
wazir bijak ditegakkan katanya
wazir durjana wazir disanggah
wazir khianat disula namanya
warkah ini memohon restu
perkenan daulat paduka tuanku
warga kota dan warga desa
minta dibela dengan segera
sebelum Jebat menendang terajang
menggoncang istana bahtera merdeka
Ruhanie Ahmad
country hights, kajang
5 September 2007
ku kirimkan warkah ini
penuh kata sembah derhaka
bingkisan hati warga setia
buat wazir di kota perdana
yang asyik lena di persada kuasa
warkah ini sembah derhaka
bingkisan hati warga setia
yang parah jiwa disula duka
angkara durja pendeta dusta
mungkar kata dan perbuatannya
warkah ini warkah terbuka
penuh takzim mencurah rasa
warga setia desa dan kota
lama kecewa berputih mata
tidak sabar menunggu masa
menanti bangkitnya gema suara
wazir saksama wazir dibangga
wazir bijak ditegakkan katanya
wazir durjana wazir disanggah
wazir khianat disula namanya
warkah ini memohon restu
perkenan daulat paduka tuanku
warga kota dan warga desa
minta dibela dengan segera
sebelum Jebat menendang terajang
menggoncang istana bahtera merdeka
Ruhanie Ahmad
country hights, kajang
5 September 2007
Gelora Jiwa Duka Nan Lara
Para Pejuang Hujung Benua
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Satria Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
pulihkanlah segera
pulihkanlah segera
semangat juang dan daya tempur
para pejuang di hujung benua
yang duka lara diselubung gerhana
didihkanlah darah mereka
kerana titi gantian tambak nan usang
tersirat manfaat strategik impaknya
dengan hanya sekelip mata
hilang bayang dari pandangan
bakarkanlah jiwa mereka
bila gelanggang yang indah perkasa
kilat kilaunya memanah jiwa
kilat kilaunya menggetar dada
indah kabar dari rupanya
belanda bertandang atas undangan
naga menggila atas undangan
pribumi pula kehilangan nama
semarakkanlah tekad mereka
demi saudagar di hujung tanjung
kera di hutan disusu-susukan
ayam di kepok mati kelaparan
itik di air mati kehausan
sorak Pak kadok derai berderai
Pandir sasau dan mondar-mandir
makhota warisan jatuh berderai
bumi pusaka lenyap daulatnya
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
inikah awal inikah mulanya
kepupusan Bangsa bernama Melayu
inilah awal inikah mulanya
daulat bangsa tekulai layu
inikah awal inikah mulanya
airmata darah melimpah ruah
bumi dipijak
jadi kota si dagang luar
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
bila dagang datang bertandang
bila naga mula menendang
pribumi kecundang di luar gelanggang
lembing si Awang pulang ke Dayang
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
para pejuang di hujung benua
mahu pulang ke medan tempur
merampas gelanggang kota si dagang
menebus bumi dan tanah ini
walaupun kami
tenggelam
karam
tersungkur
mati
di laut api!
Ruhanie Ahmad
country heights, kajang
22 Mac 2007
Para Pejuang Hujung Benua
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Satria Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
pulihkanlah segera
pulihkanlah segera
semangat juang dan daya tempur
para pejuang di hujung benua
yang duka lara diselubung gerhana
didihkanlah darah mereka
kerana titi gantian tambak nan usang
tersirat manfaat strategik impaknya
dengan hanya sekelip mata
hilang bayang dari pandangan
bakarkanlah jiwa mereka
bila gelanggang yang indah perkasa
kilat kilaunya memanah jiwa
kilat kilaunya menggetar dada
indah kabar dari rupanya
belanda bertandang atas undangan
naga menggila atas undangan
pribumi pula kehilangan nama
semarakkanlah tekad mereka
demi saudagar di hujung tanjung
kera di hutan disusu-susukan
ayam di kepok mati kelaparan
itik di air mati kehausan
sorak Pak kadok derai berderai
Pandir sasau dan mondar-mandir
makhota warisan jatuh berderai
bumi pusaka lenyap daulatnya
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
inikah awal inikah mulanya
kepupusan Bangsa bernama Melayu
inilah awal inikah mulanya
daulat bangsa tekulai layu
inikah awal inikah mulanya
airmata darah melimpah ruah
bumi dipijak
jadi kota si dagang luar
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
bila dagang datang bertandang
bila naga mula menendang
pribumi kecundang di luar gelanggang
lembing si Awang pulang ke Dayang
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
para pejuang di hujung benua
mahu pulang ke medan tempur
merampas gelanggang kota si dagang
menebus bumi dan tanah ini
walaupun kami
tenggelam
karam
tersungkur
mati
di laut api!
Ruhanie Ahmad
country heights, kajang
22 Mac 2007
Gurindam Poksu
(i)
sekian ini lamanya sudah
kau Melayu
menimba bara dalam perlumbaan
memburu mimpi
meniti pelangi angan-angan
dengan memenggal kesantunan peradaban
warisan keramat zaman berzaman.
sekian ini lamanya sudah
kau Melayu
menarah bukit bukau
meratakan gunung ganang
menara khazanah bumimu
pusaka keramat anugerah tuhanmu
yang diamanahkan kesejahteraannya
dalam jagaanmu.
(ii)
sekian ini lamanya sudah
engkau sendirian
meredah belantara kealpaan bangsamu
tidurmu bertilamkan onak
mimpimu bertatahkan duri
jagamu mencari muara
kelangsaian rimba sejarah tanahairmu
yang menuntut pemetaan hakiki
kembaramu menjunjung jihad
mencari nur-hidayah
semoga tersuluh keluar
bangsamu yang kian terpilin
dalam simpang siur kesesatan
di mana agamamu dibungkus
bagaikan barang dagangan
berpelekat lebel-lebel teknologi kreatif
para haiwan politik
maestro-maestro buloh perindu
mendodoikan bangsamu
dengan simfoni
ayam menang kampung tergadai
dan bangsamu
rakyat jelata yang melarat melata
menyambut dengan chorus si luncai
"biarkan! biarkan!”
(iii)
Poksuleh
tahulah kau duhai anak Labok keramat
kini kau tidak lagi tersendiri menghirup duri
kini kau tidak lagi tidak dimengerti
selagi sungainya tanah tumpah darah kelahiranmu
tetap terus mengalir ke utara
selagi itulah satu demi satu
demi satu demi satu tanpa henti
kami akan mengerumnimu menjadi armada
bersama kita merentas segara
membelah benua
demi mengembalikan
mertabat bangsa kita
yang kini bukan cuma
sekadar itik kehausan di air
ayam kelaparan di kepuk
malah sebenarnya
adalah lebih hina dan tak bermaya
dari sekandang abdi yang buta
bisu dan tuli
yassinsalleh
Awal Ogos, 2007.
Teratak Wan Fatul
Kampung Mempatih
Lancang, Pahang
(i)
sekian ini lamanya sudah
kau Melayu
menimba bara dalam perlumbaan
memburu mimpi
meniti pelangi angan-angan
dengan memenggal kesantunan peradaban
warisan keramat zaman berzaman.
sekian ini lamanya sudah
kau Melayu
menarah bukit bukau
meratakan gunung ganang
menara khazanah bumimu
pusaka keramat anugerah tuhanmu
yang diamanahkan kesejahteraannya
dalam jagaanmu.
(ii)
sekian ini lamanya sudah
engkau sendirian
meredah belantara kealpaan bangsamu
tidurmu bertilamkan onak
mimpimu bertatahkan duri
jagamu mencari muara
kelangsaian rimba sejarah tanahairmu
yang menuntut pemetaan hakiki
kembaramu menjunjung jihad
mencari nur-hidayah
semoga tersuluh keluar
bangsamu yang kian terpilin
dalam simpang siur kesesatan
di mana agamamu dibungkus
bagaikan barang dagangan
berpelekat lebel-lebel teknologi kreatif
para haiwan politik
maestro-maestro buloh perindu
mendodoikan bangsamu
dengan simfoni
ayam menang kampung tergadai
dan bangsamu
rakyat jelata yang melarat melata
menyambut dengan chorus si luncai
"biarkan! biarkan!”
(iii)
Poksuleh
tahulah kau duhai anak Labok keramat
kini kau tidak lagi tersendiri menghirup duri
kini kau tidak lagi tidak dimengerti
selagi sungainya tanah tumpah darah kelahiranmu
tetap terus mengalir ke utara
selagi itulah satu demi satu
demi satu demi satu tanpa henti
kami akan mengerumnimu menjadi armada
bersama kita merentas segara
membelah benua
demi mengembalikan
mertabat bangsa kita
yang kini bukan cuma
sekadar itik kehausan di air
ayam kelaparan di kepuk
malah sebenarnya
adalah lebih hina dan tak bermaya
dari sekandang abdi yang buta
bisu dan tuli
yassinsalleh
Awal Ogos, 2007.
Teratak Wan Fatul
Kampung Mempatih
Lancang, Pahang
Sumpah Merdeka
didetik saat dan ketika ini
jiwa parah semerah api
meledak jutaan bara derita
warga kota dan anak desa
yang sekian lama ikrar setia
junjung panji sumpah merdeka
warga pilu merintih sedih
menanti kasih bersalut buih
menuntut janji di hujung sepi
lautan mimpi tiada bertepi
malam suram mentari jingga
siang sengsara bulan gerhana
dipukau sihir iblis perdana
di ruang legar persada kuasa
bara derita meledak angkasa
jiwa parah memancur darah
warga kota dan anak desa
bangkit menggema suara massa
mengibar panji menuntut bela
iblis perdana dilenyap kuasanya
mentari jingga dan bulan gerhana
dihancur lulurkan di ruang maya
malam hilang rona suramnya
siang hilang pancar ngerinya
warga kota dan anak desa
menghias tugu di pinggir istana
merah biru putih dan kuning
mewarna sumpah anak pertiwi
hidup merdeka sepanjang usia
daulat negara sepanjang hayat
Ruhanie Ahmad
country heights, kajang
1 September 2007
didetik saat dan ketika ini
jiwa parah semerah api
meledak jutaan bara derita
warga kota dan anak desa
yang sekian lama ikrar setia
junjung panji sumpah merdeka
warga pilu merintih sedih
menanti kasih bersalut buih
menuntut janji di hujung sepi
lautan mimpi tiada bertepi
malam suram mentari jingga
siang sengsara bulan gerhana
dipukau sihir iblis perdana
di ruang legar persada kuasa
bara derita meledak angkasa
jiwa parah memancur darah
warga kota dan anak desa
bangkit menggema suara massa
mengibar panji menuntut bela
iblis perdana dilenyap kuasanya
mentari jingga dan bulan gerhana
dihancur lulurkan di ruang maya
malam hilang rona suramnya
siang hilang pancar ngerinya
warga kota dan anak desa
menghias tugu di pinggir istana
merah biru putih dan kuning
mewarna sumpah anak pertiwi
hidup merdeka sepanjang usia
daulat negara sepanjang hayat
Ruhanie Ahmad
country heights, kajang
1 September 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)