Thursday, December 4, 2008

LEGASI KEHANCURAN

kita satu bendera
kita pelbagai rupa
kita wujud dalam batas-batas prasangka
ada puak mencadong tangan pinta dibela
ada kaum menyambar segala apa di depan mata
pengaruh dicari
kuasa dibeli
bukit ditarah
lembah diredah
rimba dipancah
di mana jua kota dan desa
tanpa siapa menghalang nafsunya

dengan kuasa rasuah
ada pihak jadi gabrah dan gelap mata
jadi kalut dan buntu minda
kerana mahu hidup senang
kerana mahu gendutkan perut
mereka tak peduli sama sekali
jika warisan pusaka bangsanya
punah ranah lingkup tergadai

demi pertiwi tercinta ini
sanggupkah kita berdiam diri
dan biarkan segala-galanya
jadi legasi kehancuran bersama?

Ruhanie Ahmad
31 Ogos 2006

1 comment:

bungaraya said...

Jangan sesiapa
Bicara Aku bangsat dan Haloba,
Jangan sesiapa menuding jemari
Ramai Bisa berkata
Aku kaya harta
Aku seorang Peria Berkuasa
Didarat aku dikata memiliki pedati canggih
Tanpa usul periksa
Kerana Fitnah tajuk bicara
Tahukah anda?
Aku miskin
Aku Kedana
Aku seorang OKU
Aku tinggal nun jauh disana
Bukan di Ibu Kota
Kerjaku hanya Nelayan
Kadang sebagai petani jua
NAMUN TUAN
Aku tidak menghancurkan
Jati diri ku
Sebagai BANGSA MALAYSIA
KAUM MELAYU YANG TERCINTA
Cacatku hanya pada jemari
Bukan pada akal bicara.
Melayu ke perjuang hingga kekubur...
Legacy tidak akan hancur tersungkur.