Wednesday, September 3, 2008

ERTI KEMERDEKAAN

merdeka mentafsir diri sendiri
dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan

nasib kita genggam
dengan tangan sendiri
dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

di sini kita yakin segalanya boleh
di sini kita yakin segalanya boleh
itulah erti kemerdekaan

perjuangan ini mesti diteruskan

Mika Angel-0
31 Ogos 2008

2 comments:

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Terima Kasih Buat Tun Dr Mahathir

Erti Kemerdekaan ini adalah nukilan seni negarawan ulung YABhg Tun Dr Mahathir.

Kata-kata Tun semuanya indah dan senang saya fahami demi mahu memahami erti kemerdekaan. Itulah Tun Mahathir, memudahkan barang yang seni difahami orang yang cetek fahamannya dan dapat kita menghargainya. Alhamdulillah.

Terima Kasih.

panggilan pertiwi said...

Saudara Mika

Sumbangan dan pengabdian anda amat dihargai.

Terima kasih

Salam takzim - Ruhanie Ahmad