dalam perantuan usia ini
fajar dan senja
beraneka warna merona hidup
berjuta badai dan gelora
menerjah perjalanan masa
duka nestapa silih berganti
riang ria hanya sesekali
dalam perjalanan usia ini
pertiwiku sentiasa dilukai jiwanya
dicarik-robek percaturan kuasa
insan yang beraja di hati
bersultan di mata
saban purnama
sepanjang musim
entah bila rentinya
dalam pengisian usia ini
pemburuan dan penantian
sentiasa bergerak tanpa noktah
pengorbanan dan pejuangan
adalah kesementaraan yang dimestikan
sebelum aku dipanggil pulang
ke alam perhitungan Illahi
antara dosa dan pahala
antara neraka dan syurga
di alam kekal lagi abadi
RUHANIE AHMAD
Kajang, Selangor
29 September 2008
Monday, September 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tinta Cinta
Pujian itu hak Illahi
dan anak melayu ini
hebat marganya harus
gembira bumi tersembam
bersyukur gagah berdiri
pewaris cinta qalam pertiwi
I didn't know this side of you but then you probably didn't know mine either! Take a look at my nonsensical verses at zaharan.blogspot.com.
Cheers.
take a look at my silly verses at zaharan.blogspot.com.
Saudara Mika dan Zaharan
Saya masih mahu tahu siapa Mika kerana beliau memang sentiasa mengikuti kesemua blog saya.
Saudara Zaharan. Adakah anda Zaharan yang saya kenali di London pada 1973 dulu.
Salam puisi - Ruhanie Ahmad
Post a Comment