Tuesday, February 10, 2009

BAHTERA NUSA TERGOLANG-GALENG

ribut taufan terus melanda
gelora kuasa kian menggila
bahtera nusa tergolang-galeng
tuju pangkalan di hujung tebing

gelora kuasa terus menggila
bahtera nusa tergolang-galeng
ribut taufan terus melanda
pangkalan ranap di hujung tebing

bahtera nusa tergolang-galeng
ribut taufan terus melanda
pangkalan ranap di hujung tebing
gelora kuasa terus menggila

pangkalan ranap di hujung tebing
bahtera nusa tergolang-galeng
gelora kuasa kian menggila
ribut taufan terus melanda

bahtera nusa tergolang-galeng
pangkalan ranap di hujung tebing

pangkalan ranap di hujung tebing
bahtera nusa tergolang-goleng


Ruhanie Ahmad
Kajang: 10 Februari 2009

10 comments:

  1. Awan berarak diangkasa Darul Ridzuan
    Berselerakkan,tenang menuju kalaluan
    Tetiba angin menderu meniup kencang
    Langit menggegar hangat menggoncang

    Bergelora menggulong cuaca melanda
    Meranap merentap ketuanan boneka
    Dengan kesucian mahkota dipersenda
    Menyembah sembah mohon derhaka

    Kiranya mendong bertukar kelabu
    Gelombang panas mulai menyerbu
    Menekan permukaan Darul Ridzuan
    Tersebar kederhakaan dan penipuan

    Samakin hitam tebal berlonggokkan
    Samakin berat, gelap berselerakkan
    Menunggu masa tumpah kadaratan
    Membasahi saluroh bumi kedaulatan

    Dengan perasaan melihat kalangit hitam
    Takut mala petaka menimpa menghentam
    Biarlah hujan turun menyejokkan daratan
    Membersehkan kejahatan juga kekusutan.

    ReplyDelete
  2. Dato Ron yang dihurmati!

    Bacalah seloka ini sebagai sahutan dari "BAHTERA NUSA TERGOLANG-GALENG"

    Ribut berpusing gegar keliling,
    Longlai luntur tertampan kota;
    Apalah tebing kepada tebing,
    Jika aur tumbuh tidak serata.

    Ikan tilan ditikam lembing,
    Tali buai ikat ke pagar;
    Ranap pengkalan di hujung tebing,
    Kerana cuai memilih gelegar.

    Jejak rusa di hutan Dala,
    Jejak tersekat di tanah rata;
    Gelora kuasa terus menggila,
    Meninggi pangkat menggunung harta.

    Mampukah taufan meranap pengkalan?
    Mampukah pengkalan menyekat taufan?
    Mampukah rakyat membuat perubahan?

    SELADANG
    http://tokperan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kumpulan Harmoni (Zubir Ali)

    Penantian

    Berapa lama mesti kunanti
    Sinar cahaya matamu
    Gemerlap bagai bintang
    Menghiasi malam
    Malam yang menutup diriku

    Berapa lama perlu kutunggu
    Lontaran suara dari bibirmu
    Memecah hening taman
    Taman syurgawi
    Pada sebuah hati yang sepi

    ( korus )
    Penantian suatu siksa
    Yang tidak tertanggung
    Oleh tubuhku yang kering dan layu
    Kepastian suatu penawar
    Dalam suka dan duka
    Yang meniti hidupku

    ( ulang semua )




    dan kami warga perindu:
    kepastian suatu penawar
    dalam suka dan duka
    yang meniti hidupku

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Blog ini sangat indah, seindah sajak di dalamnya

    al hamdulillah !

    ReplyDelete
  5. layari www.myvemma.com/ezymoney

    ReplyDelete
  6. kapada yang berhormat dato'Ron

    rebut taufan henti melanda
    mendong angkasa maseh ada
    selamat berlaboh bahtera nusa
    dititian tebing pengkalan binasa

    menyala sudah cahaya merata
    membawa titah paduka bangsa
    kegilaannya membena mahkota
    qadak qadar dari Tuhan yang Esa

    pangkalan ranap di hujung tebing
    selamat bahtera terombang ambing
    menuju pangkalan nahoda bimbing
    kesukoran, sabar tiada tolok banding

    menyala sudah cahaya merata
    membawa titah paduka bangsa
    gelora kuasa membena mahkota
    qadak qadar dari Tuhan yang Esa

    badai taufan tengah lautan
    golang-galeng sama teman
    nahoda teringat sianak gadis
    diselang gambar ukiran gaya
    biar sabar dalam tuntutan
    itu tanda kerajaan beriman
    tidak patah digoncang iblis
    akhirnya menang dan berjaya

    ReplyDelete
  7. rebut taufan henti melanda
    mendong angkasa maseh ada
    selamat berlaboh bahtera nusa
    dititian tebing pengkalan binasa

    menyala sudah cahaya merata
    membawa titah paduka bangsa
    kegilaannya membena mahkota
    qadak qadar dari Tuhan yang Esa

    pangkalan ranap di hujung tebing
    selamat bahtera terombang ambing
    menuju pangkalan nahoda bimbing
    kesukoran, sabar tiada tolok banding

    menyala sudah cahaya merata
    membawa titah paduka bangsa
    gelora kuasa membena mahkota
    qadak qadar dari Tuhan yang Esa

    badai taufan tengah lautan
    golang-galeng sama teman
    nahoda teringat sianak gadis
    diselang gambar ukiran gaya
    biar sabar dalam tuntutan
    itu tanda kerajaan beriman
    tidak patah digoncang iblis
    akhirnya menang dan berjaya

    ReplyDelete
  8. Cuba menjawab seloka seladang,
    Dari bahtera nusa tergolang-galeng;
    Walau ta indah untok dipandang,
    Sakadar untok di tatap di jeleng.

    Longlai luntur tertampan kota,
    Agenda kapitalis kuasa pencatur;
    Jika aur tumbuh tidak serata,
    tanda ‘climate-change’perlu diatur.

    Tali buai ikat ke pagar,
    Senja datang ilham bertukar;
    Kerana cuai memilih gelegar,
    Segala senang menjadi sukar.

    Jejak tersekat di tanah rata,
    Menghilang tiada kabar berita;
    Meninggi pangkat menggunung harta,
    Nama saja pembela tetapi pendusta.

    Meranap menyekat lumrah alam,
    Lemah lawan sakuat ada didalam;
    Begitu baik jahat bertemu depan,
    Takdir penentuan amalan kehidupan.

    ReplyDelete
  9. salam,

    menumpang membaca dan berkhayal di sini.

    ReplyDelete
  10. blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

    Anda dipelawa menggunakan logo e-Direktori di blog anda.

    ReplyDelete